Tuesday, 30 December 2014

Wedding Cake

Tempahan dari Dayana & Ta'ariq...
cupcake hantaran,kek hantaran & kek kahwin..bertemakan warna pink putih,biru putih & purple gold..
hiasan kek menggunakan fondant..
xsempat nak ambil gambar dengan pengantin..ini jelah gambar yang mampu kita postkan dekat blog..
Selamat pengantin baru Dayana & Ta'ariq,semoga hubungan yang dibina berkekalan till jannah











Monday, 29 December 2014

Wedding Cake

Tempahan dari Aishah Azmi (ecodd)...kek kahwin bertemakan kuning putih..
hiasan kek menggunakan buttercream & hiasan bunga menggunakan fondant..
alhamdulillah, selamat penghantaran ke Dewan Taman Puteri Wangsa minggu lepas...
xsempat nak ambil gambar dengan pengantin..ini jelah gambar yang mampu kita postkan dekat blog..








yang ini pula kek hantaran aishah utk azizi..tema skateboard katanya,sebab suaminya meminati sukan skateboard..inilah hasilnya..semoga aishah berpuas hati..terima kasih ecodd..semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..:)


Mickey Mouse Theme

Assalamualaikum & salam sejahtera...

First time buat kek tema mickey mouse...hehe,comel ke x comel mickey tu...hehe.. 
Terima kasih kak fatimah sudi order kek dengan kami..untuk arif yang comel tu..hehe..:)


Selamat hari lahir Arieff Faisal,semoga menjadi anak yang soleh & berbakti utk kedua ibu bapa..
amin :)

Sunday, 21 December 2014

LEGO Themed Cake




Tempahan sepanjang bulan disember ini..Sebenarnya kek ini buatkan biha berdebar-debar nak membuatnya.. Maklumlah bila biha dapat tahu bahawa adik Qallif ni gemarkan mainan Lego.
 Biha berharap sangat agar kek ini dapat menceriakan hari ulang tahun kelahirannya..
Terima kasih Farith kerana menyokong kuat selama ni.. :)










Aksi-aksi adik Qallif bila dapat potong kek Lego..Tak sabar katanya..hehe
@ kredit pic from FB Qallif Rizal


Sunday, 23 November 2014

Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns




Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Sumber Resepi: Rosmarlina @ jintan manis.com 

Bahan-bahannya:(untuk doh roti)
300gm tepung roti @ tepung high protein @ tepung superfine
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar
6gm yis
40gm gula
40gm marjerin
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain @natural yogurt

Sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini
nanti.

Bahan-bahannya egg wash untuk gliss pada pada permukaan bun nanti
baki telur + 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit kuaci hijau,bijan hitam dan badam hiris untuk ditopingkan pada bun nanti)

Cara-caranya:

1.Buat doh roti,kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan doh dan ikut
   arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus
   ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga
   tidak melekat pada tangan,setelah menjadi doh ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam
   plastik itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula
   dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar
   doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4.Selepas itu,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin,bahagi doh pada beberapa
   bahagian kecil,lebih kurang 12 ke 16 ketul (Rahel timbang doh 25gm setiap satu),bulat2kan,
   susun doh di dalam acuan petak/bulat,perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda.
   Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5.Setelah semua bun naik dua kali ganda,gliss permukaan bun dengan bancuhan telur,tabur
   bijan hitam,kuaci dan badam hiris,sapukan sekali lagi atasnya dengan eggwash supaya semua
   bahan topping melekat di atas doh,akhir sekali bakar pada suhu 170'C selama 20 minit
   sehingga permukaan bun perang.
   Setelah bun diangkat,terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin,supaya permukaan
   bun berkilat.

6.Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup.Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnya dengan maple syrup,nak makan dengan sos butterscotch pun boleh.

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 



Sunday, 26 October 2014

Monday, 13 October 2014

FONDANT HANTARAN & WEDDING CAKE

Tempahan dari cousin Nur'Afifah...bertemakan merah putih
hiasan kek menggunakan teknik FONDANT 
alhamdulillah, selamat penghantaran ke MUAR minggu lepas...
Ada juga bebudak yang lalu lalang sempat calit ngan jari nak merasa kek tu..disebabkan kita buat guna fondant so kena lah tunggu pengantin potong kek tu dulu baru boleh makan...tidak kurang juga yang ambil gambar kek tu..
  jangan tergolek jatuh dah ler....



wedding cake





hantaran cake


TAHNIAH BUAT AIN DAN SUAMINYA HILMI....

Friday, 29 August 2014

Tempahan Durian Crepe

Durian Crepe in da house..:)
tempahan dari Puan Hajah Hayati untuk majlis marhaban di rumah beliau tempoh hari...
wow,kerlassss ko jah...goodies utk tetamu akak ni bagi durian crepe...hehehe....:P




Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi 
Asmah Jimat 019-7755962 atau Nabihah 0197552825

Thursday, 28 August 2014

Friday, 22 August 2014

Dessert

19 Ogos 2014
Alhamdulillah,tempahan dessert sempena Majlis Perpisahan Pengarah Elektrik JKR Johor 
Tn. Hj.Abdul Rashid Bin Ishak dan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di 
JKR Elektrik Gelang Patah,Taman Nusantara.








Friday, 25 July 2014

Rainbow Cake

Assalamualaikum....
Alhamdulillah sempat lagi menyiapkan tempahan dari customer sebelum raya
Nak sambut besday adik kesayangan katanya...nak kek yang colorfull..
Alhamdulillah,terima kasih awak :)



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi 
Asmah Jimat 019-7755962 atau (Nabihah) 0197552825



Thursday, 24 July 2014

Close Order



Selamat Menyambut Aidilfitri.
Kami di Mama's Cake & Bakery House ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau terlepas pesanan atau tersilap buat pesanan sepanjang anda berurusan dengan kami.
Semoga anda semua dimewahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya. Amin..)
Kami akan kembali beroperasi seperti biasa mulai Isnin(4hb Ogos 2014).
Terima Kasih.



Thursday, 19 June 2014

Tempahan Rainbow Cake

Siap sudah tempahan utk esok...
Alhamdulillah..Terima kasih pada yang sudi menempah..
Maaf xdpt nk tag sbb xde fb pn..:)




Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi 
Asmah Jimat 019-7755962 atau saya (Nabihah) 0197552825


Wednesday, 18 June 2014

Tempahan Kek Hantaran

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Syukur alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi kan kita sebagai umat islam akan 
menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Alhamdulillah tempahan kek semakin bertambah-tambah
Alhamdulillah syukur :)
Jom kita cuci-cuci mata dengan tempahan kek hantaran dari sahabat yang dikasihi...
Selamat bertunang Dayah & Izwan semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke jingjang pelamin :)
Halalkan kiranya ada kekurangan dari pihak kami :)






Chocolate cake with Buttercream



Fruit cake with fondant


Chocolate cupcake

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi 
Asmah Jimat 019-7755962 atau saya (Nabihah) 0197552825