Sunday, 23 November 2014

Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns




Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Sumber Resepi: Rosmarlina @ jintan manis.com 

Bahan-bahannya:(untuk doh roti)
300gm tepung roti @ tepung high protein @ tepung superfine
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar
6gm yis
40gm gula
40gm marjerin
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain @natural yogurt

Sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini
nanti.

Bahan-bahannya egg wash untuk gliss pada pada permukaan bun nanti
baki telur + 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit kuaci hijau,bijan hitam dan badam hiris untuk ditopingkan pada bun nanti)

Cara-caranya:

1.Buat doh roti,kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan doh dan ikut
   arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus
   ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga
   tidak melekat pada tangan,setelah menjadi doh ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam
   plastik itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula
   dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar
   doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4.Selepas itu,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin,bahagi doh pada beberapa
   bahagian kecil,lebih kurang 12 ke 16 ketul (Rahel timbang doh 25gm setiap satu),bulat2kan,
   susun doh di dalam acuan petak/bulat,perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda.
   Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5.Setelah semua bun naik dua kali ganda,gliss permukaan bun dengan bancuhan telur,tabur
   bijan hitam,kuaci dan badam hiris,sapukan sekali lagi atasnya dengan eggwash supaya semua
   bahan topping melekat di atas doh,akhir sekali bakar pada suhu 170'C selama 20 minit
   sehingga permukaan bun perang.
   Setelah bun diangkat,terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin,supaya permukaan
   bun berkilat.

6.Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup.Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnya dengan maple syrup,nak makan dengan sos butterscotch pun boleh.

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..